Kami di Tabung Darah, Hospital Marudi ingin mengucapkan terima kasih kepada semua penderma darah yang banyak menyelamatkan nyawa pesakit di Hospital Marudi sepanjang tahun 2015.
Kami juga mengambil kesempatan ini untuk merakamkan rasa terima kasih kepada 19 warga Bario yang turut menderma darah pada bulan April 2015 untuk kegunaan pesakit Hospital Marudi.
Kami berharap sambutan Hari Penderma Darah Sedunia 2015 peringkat Marudi dapat meningkatkan minat penduduk-penduduk Marudi untuk menderma darah.
Kami berbesar hati kepada media massa tempatan, Sin Chew Jit Poh dan Utusan Sarawak yang memberikan publisiti tentang sambutan Hari Penderma Darah Sedunia 2015 peringkat Marudi di Hospital Marudi.
![]() |
| Sin Chew Jit Poh - 12 Jun 2015 |
![]() |
| Sin Chew Jit Poh - 12 Jun 2015 |
![]() |
| Utusan Sarawak - 12 Jun 2015 |
1. Mengurangkan risiko penyakit kardiovaskular
Pendermaan darah secara tetap dapat mengekalkan tahap zat besi dalam badan pada tahap optimum terutamanya orang lelaki. Bagi setiap unit pendermaan darah, seseorang penderma darah akan kehilangan lebih kurang 250 mg zat besi. Namun begitu, ramai orang di Malaysia tidak sedar bahawa kandungan zat besi yang berlebihan dalam badan amat memudaratkan. Bahkan, Ambayya et al (2014) melaporkan lebih daripada 50% daripada 469 lelaki normal di Semenanjung Malaysia mengandungi kandungan zat besi tersimpan yang tinggi (ferritin melebihi 143.5ng/mL). Banyak kajian menunjukkan wanita yang masih mengalami haid, secara relatif, kurang menghidapi serangan jantung. Seperti wanita yang mengalami haid, penderma darah didapati mempunyai risiko 88% lebih rendah mendapat serangan jantung berbanding bukan penderma. Salonen et al. (1998) merumuskan bahawa kandungan zat besi tersimpan yang tinggi disarankan sebagai faktor penyebab sakit jantung, pendermaan darah secara teori, mengurangkan risiko sakit jantung dengan mengurangkan kandungan besi tersimpan dalam tubuh. Norashikin et al. (2006) melaporkan penderma darah tetap di Kelantan mempunyai kandungan zat besi tersimpan, secara purata, sebanyak 62 ng/mL lebih rendah berbanding penderma darah yang menderma darah buat kali pertama, secara purata, sebanyak 90.7 ng/mL
2.Pendermaan darah membakar kalori
Setiap kali pendermaan darah dilakukan (10 minit), seseorang penderma darah kehilangan 650 kalori. Jumlah kalori yang dibakar melalui pendermaan darah jauh lebih tinggi berbanding dengan seseorang yang berjogging selama 30 minit (200 kalori), bermain squash selama 30 minit (300 kalori), melompat dengan tali selama 30 minit (350 kalori). Namun begitu, pendermaan darah hanya boleh dilakukan setiap 3 bulan, bergantung kepada keadaan kesihatan dan paras hemoglobin seseorang.
3.Pesakit sindrom metabolik yang menderma darah mendapat manfaat kesihatan selepas menderma darah.
Pesakit yang mengalami sindrom metabolik seperti dislipidemia, tekanan darah tinggi, gangguan toleransi glukosa mampu mengurangkan tekanan darah dan risiko kardiovaskular melalui pendermaan darah. Penyelidik dari Berlin membahagikan pesakit sindrom metabolik kepada dua kumpulan. 300ml darah diambil daripada setiap pesakit daripada kumpulan pertama untuk mengurangkan kandungan besi dalam badan. 4 minggu kemudian, darah diambil daripada setiap pesakit daripada kumpulan pertama. Tiada darah diambil daripada pesakit dalam kumpulan dua. Ujian makmal dilakukan untuk semua pesakit enam minggu kemudian. Keputusan makmal menunjukkan pesakit dalam kumpulan pertama mengalami penurunan signifikan dalam tekanan darah (daripada 148 mmHg hingga 130 mmHg), pengurangan paras glukosa darah dan pembaikan tahap kolesterol (nisbah LDL/HDL). Prof. Andreas Michalsen, ketua penyelidik, menjelaskan "Pengurangan besi tersimpan dalam badan mampu mengurangkan risiko kardiovaskular dan kawalan glisimik. Pendermaan darah sebagai satu cara rawatan mungkin mengelakkan kemerosotan keadaan sindrom metabolik".

4. Menderma darah mengurangkan risiko kanser
Kandungan zat besi dalam badan yang tinggi dilaporkan menyebabkan kanser. Pendermaan darah, secara teori, dapat mengurangkan risiko kanser. Zacharski et al. (2008) mendapati pesakit yang mengalami penyakit arteri dapat mengurangkan tahap ferritin dalam badan, mengurangkan risiko kanser dan kematian melalui pendermaan darah.
Penyelidik dari Pusat Darah Miller-Keystone melaporkan bahawa pengurangan simpanan besi dalam badan melalui pendermaan darah mengurangkan risiko kanser. Zat besi dikaitkan dengan peningkatan radikal bebas yang meningkatkan risiko kanser. Para pengkaji tersebut mengikuti 1200 orang (selama 4.5 tahun) yang dibahagikan kepada dua kumpulan. Kumpulan pertama yang dapat mengurangkan simpanan besi dalam tubuh melalui pendermaan darah dua kali setahun, didapati mempunyai risiko kanser yang lebih rendah berbanding kumpulan dua yang tidak menderma darah. Tambahan pula, pendermaan darah yang tetap dikaitkan dengan risiko kanser seperti kanser hati, peparu, kolon dan tekak yang rendah. Penderma darah mempunyai risiko kanser rendah mungkin disebabkan pengurangan tekanan oksidatif.
5. Menderma darah menyelamatkan tiga nyawa
Setiap pint darah yang didermakan dapat menghasilkan sekurang-kurangnya tiga produk darah iaitu sel darah merah, platlet dan plasma. Oleh itu, setiap pendermaan darah dapat menyelamatkan nyawa tiga pesakit di hospital. Sel darah merah mengangkut oksigen dan penting untuk transfusi darah dalam kes kemalangan, pembedahan, thalassemia dan pendarahan teruk. Platlet digunakan untuk pesakit denggi yang mengalami bilangan platlet yang sangat rendah. Plasma mengandungi faktor pembekuan darah dapat membantu mangsa kebakaran.
Timbalan Perdana Menteri Malaysia, Tan Sri Muhyiddin Yassin pernah menyatakan bahawa hanya 2.5% penduduk Malaysia menderma darah. Tetapi, bilangan penderma darah hanya 0.25% daripada populasi Marudi yang dianggarkan sebanyak 64 018 orang!





No comments:
Post a Comment